Bayern Munich diingatkan waspada jerat Lyon

Pemain Bayern Munich diingatkan tidak memandang mudah ancaman Lyon menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Estadio Jose Alvalade.
Pemain Bayern Munich diingatkan tidak memandang mudah ancaman Lyon menjelang aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Estadio Jose Alvalade.
A
A
A

PEMAIN Bayern Munich diingatkan supaya tidak memandang rendah keupayaan kelab Ligue 1 Perancis, Lyon yang bakal ditentang pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara di Estadio Jose Alvalade, Lisbon awal pagi esok kerana skuad kendalian Rudi Garcia merupakan lawan yang cukup berdisiplin.

Menurut pemain pertahanan Bayern Munich, Jerome Boateng, kejayaan juara Bundesliga menyingkirkan pasukan pilihan dari Sepanyol berkenaan merupakan satu kejutan besar pada saingan berprestij kelab Eropah itu.

"Ramai di antara kita menonton perlawanan menentang Barcelona berkenaan. Kami akui semua terkejut dengan kemenangan besar 8-2 ke atas Barcelona itu sekali gus menjadikan Die Bayern pilihan untuk ke perlawanan akhir.

"Tapi harus diingat bahawa Lyon yang menyingkirkan Juventus juga tetap kelab pilihan kerana mereka tentunya tidak mahu mara setakat separuh akhir pada kali ini.

"Lyon sememangnya mempunyai masalah di beberapa bahagian ketika menentang Juventus, tapi mereka mengatasi masalah dengan lebih berdisiplin. Ini akan menjadi tugas sukar kepada Bayern Munich sekiranya mahu ke pentas final," kata pemain berusia 31 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!