Siapa menang Berani Semuka?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kiri) dan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof (kiri) dan bekas Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
A
A
A

BANYAK orang bercakap tentang siapa betul dan siapa salah serta siapa menang dan siapa kalah dalam rancangan Berani Semuka anjuran Sinar Harian pada malam Jumaat lepas.

Maklumlah isu Tabung Haji (TH) tengah panas. Dua tokoh yang bersemuka itu semuanya petah dan hebat berhujah. Hangat betul siaran itu rupanya.Awang tabik hormat pada Datuk Seri Dr Mujahid Rawa dan Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang berani masuk gelanggang. Mereka dah lama bertikam lidah pasal TH. Saling cabar-mencabar. Jadi apabila mereka terima undangan untuk bersemuka, bagus sangatlah.Kalau baca dalam media sosial, macam-macam reaksi kita dapat. Maklumlah masing-masing ada penyokong. Ada pula penyokong fanatik.

Mujurlah debat itu dikendalikan oleh Tan Sri Johan Jaaffar dengan saksama dan profesional. Tidaklah berlaku celah-mencelah dan ganggu-mengganggu macam di Dewan Rakyat. Ada yang kata fakta dan angka boleh ‘digoreng’. Fakta mungkin sama tapi cara digunakan berbeza.

Ada yang kata, dari segi fakta dan hujah Tuk Seri Mujahid menang. Dari segi guna emosi dan sentimen, Tuk Seri Azeez menang.

Awang tak berani nak putuskan. Biarlah penonton menjadi pengadil.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!