Cuepacs sasar 700,000 penjawat awam sertai Takaful CuepacsCare

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda menunjukkan kad perubatan Cuepacscare ketika sidang media pada Majlis Perasmian Latihan Program Keusahawanan MYCUEPACSCARE di sebuah hotel hari ini. Foto: Bernama
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda menunjukkan kad perubatan Cuepacscare ketika sidang media pada Majlis Perasmian Latihan Program Keusahawanan MYCUEPACSCARE di sebuah hotel hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KLANG – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sasar 700,000 penjawat awam seluruh negara akan menyertai polisi perlindungan takaful CuepacsCare menjelang akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pihaknya yakin sasaran itu mampu dicapai berikutan terdapat peningkatan kesedaran dalam kalangan penjawat awam mendapatkan perlindungan kesihatan dan kemalangan tambahan untuk diri dan keluarga.

"Sejak polisi ini diperkenalkan pada 20 tahun lepas, rekod menunjukkan hanya 400,000 penjawat awam sahaja yang mendaftar setakat ini.

"Menjelang akhir tahun ini, kita sasar jumlah ini bertambah 300,000 lagi yang mendaftar dengan polisi ini menjadikan 700,000 orang daripada 1.6 juta bilangan penjawat awam di negara ini," katanya pada program latihan keusahawanan myCuepacsCare di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Medicare Assistance Sdn. Bhd. (Medicare) K. Palanisamy.

Azih berkata takaful CuepacsCare merupakan program kerjasama antara Cuepacs dan Medicare sejak 1999.

Mengulas lanjut, beliau menyeru kepada semua penjawat awam menyertai program takaful itu sebagai alternatif mendapatkan rawatan kesihatan di hospital swasta pada kadar mampu.

"Menerusi takaful ini, penjawat awam ditawarkan takaful penghospitalan dan pembedahan serendah RM32 untuk individu manakala RM85 bagi pakej keluarga (sebulan) di hospital swasta.

Artikel Berkaitan:

"Langkah ini perlu supaya penjawat awam boleh menerima rawatan segera di hospital swasta sekiranya tiada kekosongan wad atau katil di hospital kerajaan," katanya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!