Ringgit terus meningkat berbanding Dolar AS

Ringgit terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen yang baik dalam pasaran tempatan dan serantau. - Foto 123RF
Ringgit terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen yang baik dalam pasaran tempatan dan serantau. - Foto 123RF
A
A
A

RINGGIT terus meningkat untuk hari ketiga berturut-turut berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen yang baik dalam pasaran tempatan dan serantau, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1780/1830 daripada 4.1800/1850 semasa ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata, ringgit mendapat manfaat berikutan sentimen risiko global yang masih kekal.

Selain itu katanya, dengan hasil Amerika Syarikat yang merosot lagi, Sekuriti Kerajaan Malaysia dijangka mendapat permintaan berikutan sasaran kepada pulangan sebenar berterusan.

“Turut menyokong perkara itu ialah inflasi yang rendah memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengurangkan kadar faedah sekali lagi tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Innes juga berkata, walaupun harga minyak mentah diniagakan daripada paras tertinggi antara minggu, pasaran amat stabil yang menyokong unit tempatan.

Pada masa ini, minyak mentah Brent terus diniagakan melebihi AS$45 setong, walaupun susut 0.57 peratus kepada AS$45.20 setong.

Pada pembukaan, unit tempatan diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang.

Artikel Berkaitan:

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0626/0674 daripada 3.0625/0666 pada Selasa dan susut berbanding yen kepada 3.9734/9789 daripada 3.9576/9627.

Ringgit merosot berbanding pound kepada 5.5404/5487 daripada 5.5051/5133 dan rendah berbanding euro kepada 4.9927/5.0004 daripada 4.9746/9818 sebelum ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!