Kredibiliti calon lebih penting: Amir Khusyairi

Amir Khusyairi
Amir Khusyairi
A
A
A

SHAH ALAM – [VIDEO] Kredibiliti seorang calon lebih penting berbanding soal calon tempatan dalam memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim nanti.

Calon Bebas yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, berkata, peranan media sosial juga membantu calon untuk meraih sokongan pengundi terutama anak muda.

“Majoriti anak muda sekarang mempunyai Instagram, Twitter dan sebagainya dan secara tidak langsung mereka boleh menilai peribadi individu (calon) itu sendiri.

“Soal keperibadian individu itu lebih penting jika dibandingkan dengan parti, lebih-lebih lagi negara berdepan pandemik Covid-19 serta pertukaran kerajaan yang saya percaya membuatkan anak muda kini menjadi semakin gelisah dan resah dengan ketidaktentuan politik di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Wacana Siri ke-187 bertajuk PRK Slim: Calon Bebas hanya buat kacau? yang disiarkan secara langsung di Studio F, Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Amir Khusyairi (kiri, bawah) bersama seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran (kiri, atas); calon BN, Mohd Zaidi Aziz (kanan, atas) serta Muhamad Nadzri dan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin selaku moderator dalam Wacana Siri ke-187 bertajuk PRK Slim: Calon Bebas hanya buat kacau? yang disiarkan secara langsung dari Studio F, Kumpulan Karangkraf semalam.
Amir Khusyairi (kiri, bawah) bersama seorang lagi calon Bebas, S Santharasekaran (kiri, atas); calon BN, Mohd Zaidi Aziz (kanan, atas) serta Muhamad Nadzri dan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin selaku moderator dalam Wacana Siri ke-187 bertajuk PRK Slim: Calon Bebas hanya buat kacau? yang disiarkan secara langsung dari Studio F, Kumpulan Karangkraf semalam.

Amir yang juga peguam syarie dan peguam bela berkata, keberadaannya sebagai calon Bebas bukan sebagai ‘pengacau’ sebaliknya mewakili suara anak muda.

“Pada hari pertama selepas diumumkan menjadi calon, langkah pertama saya adalah untuk memperbetulkan apa yang tidak betul tentang landskap politik, soal integriti dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

“Saya mahu menjadi sebagai pemudah cara, cari solusi setiap masalah yang dialami rakyat,” katanya.

Katanya, beliau memilih simbol pokok kerana ia mempunyai makna tertentu kepada dirinya.

“Bagi saya simbol pokok itu kami ingin gambarkan kepada pengundi-pengundi di Slim bahawa akar pokok itu mencengkam tanah maknanya menunjukkan asas pendirian kami yang kuat.

“Pokok dan daun-daun itu merimbun, kami akan melindungi dan membantu semua pengundi di Slim.

“Wakil rakyat yang dipilih perlu bertanggungjawab kepada pengundi dan fokus saya untuk mencari solusi serta jalan penyelesaian setiap masalah dihadapi rakyat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!