Amanah keluar pekeliling halang ahli kerjasama dengan PKN

Mohd Fakhrulrazi mengulas mengenai isu pemimpin Amanah yang didakwa bakal lompat parti sewaktu rakaman lintas langsung menerusi Facebook rasmi beliau, hari ini.
Mohd Fakhrulrazi mengulas mengenai isu pemimpin Amanah yang didakwa bakal lompat parti sewaktu rakaman lintas langsung menerusi Facebook rasmi beliau, hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor akan mengeluarkan pekeliling dalam masa terdekat berhubung larangan bagi setiap ahli untuk bekerjasama dengan Penggerak Komuniti Negara (PKN).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, PKN merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dinaungi oleh bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan penubuhannya juga hanyalah berpaksikan politik semata-mata.

Beliau berkata, keputusan bagi mengeluarkan pekeliling itu dicapai menerusi mesyuarat pengurusan parti yang berlangsung semalam susulan dakwaan terdapat seorang pimpinan Amanah bakal menyertai Pas.

"Pendirian Amanah Selangor jelas, kita akan keluarkan pekeliling di kawasan-kawasan tentang larangan ahli parti ini untuk tidak terlibat dengan NGO diasaskan oleh pengkhianat," katanya menerusi rakaman secara lintas langsung di laman Facebook, hari ini.

Semalam, Pas Selangor mendedahkan seorang pemimpin Amanah di negeri itu dijangka menyertai parti Islam tersebut.

Bagaimanapun, Majlis Pengisytiharan Tokoh Amanah Kembali Menyertai Pas yang sepatutnya disiarkan secara langsung di Facebook TV Pas Selangor hari ini terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis isytihar pemimpin Amanah sertai Pas Selangor ditangguh

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohd Fakhrulrazi berkata, pihaknya secara peribadi juga telah berhubung dengan pemimpin yang dikaitkan dengan isu lompat parti itu malah individu terlibat turut mengesahkan perkara itu.

Artikel Berkaitan:

"BIla nama dia disebut, saya suka tabayyun dan tanya sendiri individu itu. Akhirnya dia mengesahkan dan saya pun dah dengar penjelasan dia sendiri.

"Saya tak nak dedahkan dulu. (Pihak terlibat adalah) orang Selangor dan saya pun ada dapat laporan pemimpin itu pernah buat program bersama NGO diasaskan oleh Mohamed Azmin sebelum ini. Kita faham kecenderungan dia (untuk lompat) itu ada," katanya.

Tambahnya, isu ahli lompat parti bukannya menjadi masalah besar buat Amanah dan parti seharusnya terus bergerak ke hadapan bagi memastikan kebajikan rakyat terus terjamin.

"Dengan masalah yang berlaku ini bukannya halangan untuk kita teruskan kerja bagi membela kebajikan rakyat," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!