PRK DUN Slim: Kempen masuk pusingan kedua

Amir Khusyairi turut membantu jentera mempersiapkan poster dan bahan-bahan kempennya ketika melawat PDM Kuala Slim, di sini hari ini.
Amir Khusyairi turut membantu jentera mempersiapkan poster dan bahan-bahan kempennya ketika melawat PDM Kuala Slim, di sini hari ini.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Jelajah kempen calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim kini memasuki pusingan kedua.

Menurutnya, kesemua Pusat Daerah Mengundi (PDM) di DUN Slim sudah dilawati untuk berkempen dan ada fasa pengulangan bagi bertemu lebih ramai pengundi.

Beliau mengakui sudah 100 peratus berkempen di seluruh Slim dan lawatan susulan dari rumah ke rumah.

"Sepanjang kempen ini kita akan pergi ke seberapa banyak PDM di DUN Slim ini. Fokus saya fasa kedua ini kita akan bertemu dengan seramai mungkin pengundi," katanya kepada pemberita selepas melawat PDM Kuala Slim, di sini hari ini.

Mengenai bahan kempen, Amir Khusyairi berkata, jenteranya sedang menyiapkan poster, sepanduk dan bahan kempen lain kerana perang poster dan sepanduk antara calon-calon bertanding sedang bermula.

"Kita tidak boleh lari daripada kemeriahan seperti perang poster, bendera sepanjang kempen PRK. Memang kita lewat untuk pasang poster, sepanduk dan sebagainya," katanya.

Kempen calon PRK DUN Slim ialah selama 14 hari bermula pada 15 Ogos manakala hari mengundi ditetapkan pada 29 Ogos dan keputusan pilihan raya tersebut dijangka diketahui pada hari yang sama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!