Geng Syam Labi tumpas

Azhar (kanan) menunjukkan parang yang ditemui dalam kenderaan dinaiki suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
Azhar (kanan) menunjukkan parang yang ditemui dalam kenderaan dinaiki suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
A
A
A

KULIM - Tiga ahli Geng Syam Labi yang disyaki aktif melakukan kegiatan samun, curi kenderaan dan curi lembu sekitar utara Semenanjung termasuk Kedah dan Perak diberkas di pekan Merbau Pulas, Sungai Karangan di sini kira-kira jam 6 petang semalam.

Kesemua suspek berusia 26, 33, dan 35 tahun ditahan setelah kenderaan jenis Nissan Cefiro yang dinaiki mereka tersasar sehingga merempuh tiang lampu akibat tayar kenderaan ditembak anggota polis.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, berlaku adegan mengejar apabila suspek berjaya menghidu kehadiran polis bertindak memecut kenderaan ke lorong bangunan kedai untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, mereka tidak dapat melaluinya setelah terhalang oleh kenderaan lain.

“Semasa pasukan polis mendekati kenderaan suspek, mereka bertindak mengundurkan kenderaan dengan laju.

“Oleh kerana jalan dihalang oleh kenderaan polis, suspek bertindak memecut laju ke hadapan dan cuba melanggar anggota yang berada di hadapan kenderaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.

Azhar (tengah) menunjukkan rampasan kenderaan dipercayai hasil kegiatan curi ahli Geng Syam Labi selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.
Azhar (tengah) menunjukkan rampasan kenderaan dipercayai hasil kegiatan curi ahli Geng Syam Labi selepas sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.

Beliau berkata, pegawai dan anggota bertindak melepaskan enam das tembakan sehingga mengenai tayar kenderaan suspek.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan tersebut menemui sepucuk pistol tiruan, sebilah pedang samurai, sebilah parang panjang, sebilah sabit, tiga peket plastik lutsinar dipercayai dadah, peralatan curi kenderaan, sumpit dan ubat pelali dipercayai peralatan curi lembu.

"Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau antaranya berkaitan curi kenderaan, pecah rumah, dadah dan ugutan jenayah termasuk kes dikehendaki polis.

"Hasil saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Azhar berkata, kereta jenis Nissan Cefiro berwarna hijau gelap yang dinaiki suspek juga dipercayai kenderaan curi bersabit kes dari Bedong, Kedah.

Tiga anggota Geng Syam Labi direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Tiga anggota Geng Syam Labi direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960, Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya ABKLSB 1958.

Tambahnya, siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB), Seksyen 6 ADB dan Seksyen 15(1) ADB 1952.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

"Dengan tertangkapnya tiga suspek berkenaan menjadikan kesemua 11 ahli geng terbabit berjaya ditahan setakat ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!