Pejuang serah permohonan pendaftaran kepada RoS

Mukhriz
Mukhriz
A
A
A

PUTRAJAYA - Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengemukakan permohonan rasmi penubuhannya sebagai parti politik kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Datuk Seri Mukhriz Mahathir, antara pengasas parti itu berkata, pihaknya datang ke RoS hari ini membawa borang permohonan dan dokumen sokongan untuk pertimbangan jabatan tersebut walaupun telah membuat permohonan pendaftaran secara dalam talian.

"RoS pastinya akan meneliti setiap butiran daripada permohonan ini untuk memastikan kita telah mematuhi syarat-syarat berkaitan Akta Pertubuhan 1966.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada permohonan Tun M daftar parti baharu: ROS

"Kita berharap RoS akan meluluskan pendaftaran Pejuang secepat mungkin supaya kita boleh terlibat dalam sistem demokrasi di negara ini sebagai sebuah parti politik yang sudah berdaftar," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang permohonan pendaftaran itu di sini.

Mukhriz berkata, parti itu akan menggunakan logo bermotifkan huruf Jawi 'pa' yang mewakili maksud pejuang manakala tiga titik adalah lambang tiga rukun iaitu Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.

Pada 7 Ogos lepas, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baharu yang kemudiannya dinamakan sebagai 'Pejuang'.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, parti itu akan dipimpin oleh anaknya Mukhriz sebagai Presiden dan beliau sebagai Pengerusi. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!