Mampukah penswastaan ubah landskap Liga-M?

Foto FA Kedah
Foto FA Kedah
A
A
A

SEJAK beberapa minggu kebelakangan ini, timbul ura-ura yang mengatakan beberapa ahli perniagaan termasuk dalam kalangan usahawan kosmetik terkenal berminat menjadi pemilik pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Dua nama besar dalam industri kosmetik negara – pengasas D‘Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Dr Vida – mula disebut-sebut.

Bukan lagi satu rahsia, mereka dikatakan berminat untuk menjadi pemilik pasukan Liga-M. Sebelum ini, baik Aliff Syukri mahupun Dr Vida, mereka memaklumkan sedang meneliti beberapa perkara sebelum memberi kata putus.

Biarpun tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat oleh kedua-dua tuan punya badan setakat ini, perkhabaran terbaharu itu sudah pasti cukup dinanti-nantikan oleh peminat dan penyokong bola sepak tanah air.

Dr Vida sendiri tidak asing lagi dalam arena Liga-M. Pada tahun 2016, Dr Vida menerusi produknya, Pamoga Qu Puteh telah memeterai perjanjian selama dua tahun bersama Kelantan dengan nilai tajaan mencecah RM16 juta.

Aliff Syukri pula hampir mengikut jejak langkah Dr Vida apabila sedia menjadi penaja Kedah dengan nilai tajaan RM30 juta pada tahun 2016. Namun, Aliff gagal mencapai kata sepakat dengan Kedah pada saat-saat akhir.

Selain dua usahawan kosmetik terkenal negara itu yang dikatakan sedia membuat come back, beberapa nama individu selain syarikat gergasi turut mula dicanang-canang oleh peminat dan penyokong pasukan masing-masing.

Bagi mereka, inilah masanya pasukan kesayangan mereka dimiliki individu berpengaruh dan mempunyai nama besar – sama seperti apa yang dirasai kelab-kelab luar negara terutamanya di Eropah.

Artikel Berkaitan:

Namun, apa sekalipun percaturan individu atau pihak terlibat untuk membeli pasukan Liga-M, yang paling penting niat mereka. Tiada gunanya bila kita membicarakan soal pengurusan profesional tetapi urusan pentadbiran masih di takuk lama.

Paling dikhuatiri, FAM sendiri sudah pasti tidak mahu mendengar isu lama terutamanya masalah hutang atau kegagalan pasukan membayar gaji pemain yang masih timbul setiap tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!