Seorang maut, dua cedera parah dalam kemalangan

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 80 Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 80 Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang maut manakala dua lagi cedera parah apabila kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori tiga tan di Kilometer 80 Johor Bahru-Mersing, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada jam 2.50 petang, Mohammad Razif Ismail, 22, yang duduk di bahagian depan kereta Proton Waja meninggal dunia manakala pemandunya, Fadzil Noh, 25, dan seorang penumpang di belakang, Farhan Ismail, 24, cedera parah.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pemandu lori jenis Isuzu, Kamarulzaman Rajap, 35, dan isterinya, Nurhaida Mohd Khair, 21, cedera ringan.

"Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta dari Mersing menghala ke arah Johor Bahru telah mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang sedang memotong di jalan bertentangan.

"Kereta tersebut dipercayai cuba mengelak ke bahu kiri jalan lalu hilang kawalan dan berpusing masuk ke jalan bertentangan dan dilanggar lori berkenaan yang berada di laluan itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah lori tiga tan remuk selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta sehingga mengakibatkan seorang maut di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.
Sebuah lori tiga tan remuk selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta sehingga mengakibatkan seorang maut di Kilometer 80, Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.

Katanya, Mohammad Razif meninggal dunia di tempat kejadian manakala mereka yang cedera dihantar dengan ambulans ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi memastikan punca kejadian sebenar dan kes kemalangan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), satu jentera Fire Rescue Vehicle (FRV) dan satu utiliti Hilux dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasinya, Penolong Kanan Pegawai Bomba Azman Jantan berkata, Mohammad Razif tersepit di tempat duduknya dan selepas berjaya dikeluarkan, mangsa sudah meninggal dunia akibat cedera parah.

"Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Operasi tamat jam 4.47 petang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!