Tengkorak, tulang manusia ditemui di tempat buang sampah

Polis sedang mengumpul tengkorak dan tulang yang dijumpai untuk dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dianalisis.
Polis sedang mengumpul tengkorak dan tulang yang dijumpai untuk dihantar ke Jabatan Forensik HPP untuk dianalisis.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Penduduk sekitar Jalan Kolam Ikan di sini gempar dengan penemuan dua tengkorak dan beberapa tulang manusia di tempat pembuangan sampah pada jam 7.10 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, siasatan mendapati terdapat penandaan tertera pada tulang dan tengkorak yang dibungkus dalam plastik dipercayai untuk tujuan pembelajaran (university usage for education).

"Bagaimanapun, semua tengkorak dan tulang tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk dianalisis sama ada benar untuk tujuan pembelajaran atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anbalagan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan tengkorak dan tulang tersebut dibuang oleh pelajar yang tidak mahu menggunakannya.

"Buat masa ini, kita belum mengklasifikasikan kes lagi. Polis masih menunggu keputusan analisa dari Jabatan Forensik HPP untuk siasatan selanjutnya.

"Tiada saksi bebas yang tampil memberi keterangan berhubung individu yang membuang barang kes di tempat kejadian. Kita sudah mengambil keterangan saksi bebas di lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!