Pengundian PRK Cameron Highlands hari ini
CAMERON HIGHLANDS - Seramai 31, 639 pemilih berdaftar bagi PRK Parlimen Cameron akan mengundi hari ini.
Manakala, 811 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertugas di 29 pusat mengundi yang melibatkan 86 saluran.
SPR menjangkakan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi.
Manakala, 216 anggota polis telah pun mengundi awal pada 22 Januari lalu.
Sementara itu, keputusan penuh dijangka diperoleh pada atau sebelum jam 10 malam.
PRK Cameron Highlands menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, M Manogaran, Ramli Mohd Nor dari BN serta dua calon Bebas iaitu bekas pensyarah kanan Institut Aminuddin Baki Sallehudin Ab Talib serta Wong Seng Yee yang merupakan petani tempatan.
Pilihan raya itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam PRU14 Mei tahun lepas, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
PRK ini adalah yang kelima setelah PRU14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah melibatkan Dun Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!