Nelayan asing ditahan curi hasil laut

APMM menahan empat bot nelayan dan lapan nelayan warga Indonesia di jarak sekitar 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang semalam.
APMM menahan empat bot nelayan dan lapan nelayan warga Indonesia di jarak sekitar 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa daripada Pelabuhan Klang semalam.
A
A
A

PELABUHAN KLANG - [DIKEMAS KINI] Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan kegiatan bot nelayan warga asing yang menceroboh dan mencuri hasil laut di jarak sekitar 2.0 batu nautika timur Pulau Angsa dari Pelabuhan Klang dekat sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, operasi Ops Benteng itu berjaya menahan empat bot fiber dan lapan nelayan warga Indonesia berusia 24 hingga 46 tahun.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan ketika sedang leka mencuri hasil laut negara.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pertama, dua suspek gagal kemukakan lesen bot dan dokumen pengenalan diri yang sah manakala bot kedua, dua lagi suspek ditahan kerana dokumen telah tamat tempoh.

"Penahanan bot ketiga dan keempat turut mendapati empat nelayan Indonesia itu melakukan kesalahan yang sama iaitu dokumen yang telah tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosli berkata, pihaknya telah merampas pelbagai jenis ikan dianggarkan seberat sembilan kilogram.

Katanya, kesemua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor untuk disiasat di bawah Akta Imigresen

1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan:

"APMM akan sentiasa membuat pemantauan dan rondaan dengan lebih kerap bagi membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Selangor,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!