Adik pengebom konsert Ariana Grande dijel seumur hidup

Hashem Abedi. - Foto AFP
Hashem Abedi. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Adik kepada pengebom bunuh diri Manchester Arena dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana memainkan peranan penting yang menyebabkan 22 orang maut dalam serangan di sebuah konsert Ariana Grande di barat laut England pada tahun 2017.

Hashem Abedi, 23, disabitkan dengan pembunuhan, cubaan membunuh dan bersubahat untuk menyebabkan letupan.

Pengeboman yang diilhamkan oleh kumpulan militan Daesh itu dilakukan abangnya, Salman Abedi yang meletupkan diri dalam kalangan orang ramai ketika meninggalkan konsert di Manchester Arena.

Mangsa paling muda dilaporkan berusia lapan tahun manakala yang lain termasuk ibu bapa yang datang untuk menjemput anak-anak mereka.

Di mahkamah, Hakim Jeremy Baker berkata, Hashem akan menjalani hukuman penjara maksimum 55 tahun kerana dia adalah sebahagian daripada rancangan itu.

Difahamkan, Hashem membantu abangnya mendapatkan bahan kimia untuk bom buatan sendiri. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!