Mahkamah putuskan PRN Sabah diteruskan
KOTA KINABALU - Sabah akan mengadakan pilihan raya selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan 33 ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap keputusan Yang Dipertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 30 Julai lepas.
Keputusan itu dibuat oleh Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menetapkan 26 September ini untuk pilihan raya negeri (PRN) manakala hari pencalonan pula pada 12 September. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!