Seng Yee gembira penerimaan penduduk
CAMERON HIGHLANDS - Calon Bebas, Wong Seng Yee gembira dengan penerimaan masyarakat di sini sepanjang dua minggu berkempen.
Katanya, sama ada kalah atau menang tidak penting kerana beliau akan tetap melaksanakan perancangan dalam kempennya.
"Sambutan penduduk amat baik terutamanya di Jelai. Saya pun hairan kerana mereka kenal 'abang topi'.
"Tapi yang penting mereka dapat mesej ketika debat saya agar teknologi pertanian dibawa ke kampung mereka. Saya pun tidak sabar untuk mulakan projek sedemikian," katanya kepada media selepas membuang undi di SJK (C) Bertam Valley, di sini, hari ini.
Katanya, sekiranya kalah beliau sedia bekerjasama dengan calon yang menang untuk mencapai pembangunan mapan di Cameron Highlands.
Ketika berkempen dalam PRK Cameron Highlands, Seng Yee yang juga petani dikenali dengan imej bertopi dan but kuning.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!