Haqiem Rusli menang besar di EDMA 2018

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Haqiem Rusli membuktikan kehebatannya apabila dinobatkan dalam tiga daripada tujuh kategori yang dipertandingkan ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018) berlangsung semalam.

No Image Caption

Tiga kategori tersebut adalah Lagu Paling Viral, Selamat Tinggal Sayang, Temubual Terbaik Carta ERA dan Penyanyi Kolaborasi Terbaik bersama Aman RA melalui lagu Jatuh Bangun.

Menurut Haqiem, dia bersyukur dengan anugerah yang dimenanginya ini dan tidak lupa mengucapkan terima kasih buat semua peminat yang mengundi.

"Terima kasih kepada ALLAH SWT, syukur dengan rezeki ini, keduanya, keluarga saya, seterusnya FMC Music, dan Qiemilio saya.

"Meski 2018 banyak perkara yang berlaku tapi masih memberikan sokongan kepada saya dan berikan peluang untuk terus berkarya.

"Dengan kemenangan ini pada malam ini, nantikan seterusnya dua lagu baharu bakal saya keluarkan pada tahun ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



No Image Caption

Sementara itu, bagi kategori-kategori lain, Penyanyi Paling Lit Di Media Sosial dimenangi oleh Khai Bahar, Muzik Video Paling Lit menjadi milik Zizan Razak (Kau Takkan Tahu) dan Penyanyi Pilihan DEEJA diberikan kepada penyanyi, Ariff Bahran.

Manakala Lagu Paling Lama Dalam Carta ERA 40 mengiktiraf penyanyi terkenal Alif Satar menerusi lagu Sesungguhnya Aku.

EDMA 2018 turut menyaksikan tokoh industri muzik Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan Penghargaan Khas atas sumbangan yang mewarnai industri hiburan tanah air untuk lebih dua dekad.

Malam EDMA diserikan dengan kehadiran ramai selebriti popular tanah air serta dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ben Laden, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Akim & Majistret, One Avenue, Alif Satar, Ara Johari dan Masha Mashita.

No Image Caption

EDMA 2018 dibawakan oleh Deeja Cosmetic, set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 yang membantu menjadikan anda tampil lebih flawless, cerah, gebu dan berseri-seri secara semula jadi hasil ekstrak bahan semula jadi berkualiti tinggi. Sesuai diamalkan oleh golongan lelaki dan wanita.

Terkenal dengan tagline Kehebatan luar biasa dengan Deeja Cosmetic, oleh itu dapatkan sekarang di ejen dan stokis sah atau di toko jamu berhampiran dengan anda.

No Image Caption

Set penjagaan kulit muka 5 dalam 1 Deeja Cosmetic ini mengandungi sabun pembersih muka, toner nano, krim siang, krim malam dan krim nano yang membantu mencerah dan melembapkan kulit, dan mengurangkan cela, jerawat, jeragat.

Untuk maklumat lanjut Like dan Follow Instagram dan Facebook Deeja Cosmetic HQ.

#edma2018 #deejacosmetic #kehebatanluarbiasa

No Image Caption



No Image Caption

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!