Lapan beranak tidak melepaskan peluang mengundi

Dari kiri, Mohd Idris, Siti Khatijah, Mohd Ismail, Latipah, Siti Aisyah dan Mat Intan (duduk) antara yang ditemui di pusat pengundian, SK Tanjung Gahai hari ini..
Dari kiri, Mohd Idris, Siti Khatijah, Mohd Ismail, Latipah, Siti Aisyah dan Mat Intan (duduk) antara yang ditemui di pusat pengundian, SK Tanjung Gahai hari ini..
A
A
A

LIPIS - Lapan beranak antara yang tidak melepaskan peluang mengundi dalam PRK Cameron Highlands kali ini.

Mereka ditemui selepas selesai mengundi di pusat pengundian,Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gahai hari ini.

Bagi Mat Intan Adam,77 dan isterinya,Latipah Ibrahim,61 tiba pada jam 10 pagi tadi dan tidak pernah 'miss' mengundi setiap kali pilihanraya diadakan.

Menurutnya,dia tidak mahu ketinggalan kerana ia adalah satu tanggungjawab sebagai rakyat.

"Saya anak jati di kampung ini dan memang mengundi dari dulu hingga sekarang dan suasana dulu.Saya nak pilih yang betul,yang boleh membantu rakyat.

"Dan gembira bila dah selesai mengundi,bertambah seronok anak-anak pun turun sekali mengundi,"katanya yang pernah bergelar penoreh getah sebelum ini sebagai sumber rezeki mereka sekeluarga.

Mat Intan telah mengundi buat kali ke-14 dan terlepas peluang kerana masih belum melepasi had umur, 21 tahun pada PRU pertama Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) pada 19 Ogos 1959.

Sementara itu anak bongsunya Siti Khatijah,23 memberitahu dua abangnya anak ke-5 iaitu Isuyadi, 35 sedang bertugas di Cheras dan anak ke-6, Mohd Tarmimi,30 di Penggerang,Johor tidak dapat pulang kerana saat-saat akhir ada tugasan.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya,mereka akan berusaha untuk turun mengundi sama dan bagi Siti ia adalah kali keduanya dirinya mengundi selepas kali pertama bergelar pengundi pada PRU14 lalu.

Selain Siti,lima lagi adik-beradiknya yang mengundi sama abang sulungnya,Mohd Hanafiah,42 diikuti Mohd Ghazali,40, Mohd Idris,38, Mohd Ismail,37 dan Siti Aisyah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!