Conte mahu berehat sebelum jumpa pengurusan Inter

Conte meninggalkan padang setelah tamat perkawanan
Conte meninggalkan padang setelah tamat perkawanan
A
A
A

ANTONIO Conte mengakui dia sudah boleh meninggalkan Inter Milan setelah kelab Serie A itu tewas 3-2 kepada Sevilla pada aksi final Liga Europa di Cologne.

Status Conte bersama Nerazzuri pada musim depan diragui berikutan mengakhiri saingan tanpa sebarang kejuaraan pada ketika liga bergelut dengan pandemik Covid-19.

Bekas pemain tengah Itali itu telah memberitahu pemain-pemain Inter untuk merancang musim depan sama ada dengan atau tanpanya di San Siro.

Pengendali berusia 51 tahun itu dikhabarkan akan menemui ketua pengawai eksekutif kelab berkenaan dalam masa terdekat bagi membincangkan statusnya pada musim depan.

"Ya, tepat sekali kita menganalisis prestasi sepanjang musim, melihat semuanya dengan tenang, dan berusaha merancang masa depan Inter, sama ada dengan saya atau tanpa saya.

"Ia sukar dan kami akan memikirkannya. Sangat menyenangkan bagi saya untuk menjadi jurulatih Inter, saya berterima kasih kepada pemilik yang mengizinkan saya menikmati pengalaman hebat ini bersama Inter.

"Sekiranya saya dapat mengatakan satu perkara: ia sangat berbaloi dan saya akan selalu berterima kasih kepada mereka yang memberi saya peluang untuk mendapat pengalaman di San Siro."

Conte pada musim ini mengemudi Inter naib juara Milan Serie A apabila mengakhiri saingan satu mata di belakang Juventus yang memecat Maurizio Sarri setelah tersingkir saingan Liga Juara-Juara baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Bekas pengendali Juventus dan Chrlsea itu juga mengakui bahawa keluarganya akan berperanan dalam menentukan masa depannya di San Siro.

'Sekiranya beberapa situasi akhirnya mempengaruhi keluarga saya, itu tidak lagi mencukupi bagi saya. Semuanya ada hadnya, saya harus melihat di mana had saya.

"Kami akan menjelaskan keadaannya, tanpa dendam, kerana saya akan sentiasa bersyukur kerana berpeluang menghabiskan tahun yang hebat di Inter, tetapi di sisi lain, ia juga sangat sukar. "

Pada masa sama Conte menegaskan dia tidak akan mengundurkan diri dari peranannya tetapi percaya itu tidak mencukupi mengekalkannya di kerusi panas kelab itu

'Sekiranya anda fikir saya akan berundur saya tidak akan melakukannya. Saya mengatakan apa yang saya fikir, anda mendengar kata-kata saya dan mereka tidak berubah.

'Kita mesti melihat sama ada semua orang bersedia untuk tidak mempunyai pengalaman tahun musim ni pada musim depan setelah apa yang berlaku dengan saya.

"Ada beberapa situasi yang akan saya nilaikan, betul Presiden juga menilai, saya akan memberitahu pandangan saya kepada para pengarah.

"Beppe Marotta, Piero Ausilio, mereka semua yakin bahawa saya harus datang ke San Siro demi Inter dan saya sentiasa berterima kasih kepada mereka."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!