Kilang proses ayam terbakar
JASIN - Sebuah kilang pemprosesan ayam di Serkam di sini, terbakar kira-kira jam 4.32 pagi tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat negeri berkata, tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Padang Temu dan Jasin terbabit dalam operasi pemadaman selepas menerima panggilan kecemasan.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian kerja-kerja pemadaman api dilakukan dengan kekuatan seramai 20 anggota termasuk pegawai.
Katanya, kawasan kebakaran kini dianggarkan kira-kira 40 peratus berbanding 30 peratus pada awalnya termasuk melibatkan kawasan pemprosesan.
"Pemadaman masih diteruskan di kawasan 'chiller' dan sehingga jam 9.30 pagi tadi kerja-kerja operasi pemadaman masih giat dijalankan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!