Budak tiga tahun jadi hero
RIO DE JANEIRO - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun diangkat sebagai hero selepas berjaya menyelamatkan rakannya daripada lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam renang.
Kejadian berlaku awal bulan ini di sebuah rumah di ladang Itaperuna, sebuah bandar di utara Rio de Janeiro, lapor Daily Mail.
Semasa kejadian, Henrique yang berusia tiga tahun juga dikatakan keluar rumah sebelum menyelinap ke rumah Arthur de Oliveira tanpa memberitahu ibunya dan berjalan ke kolam renang.
Menerusi rakaman pada video itu, menunjukkan Henrique cuba mencapai pelampung berada di tengah kolam sebelum tergelincir masuk ke dalam kolam.
Ketika kejadian Arthur de Oliveira yang berada di kawasan kolam itu segera mencapai tangan Henrique dan menariknya keluar.
Video tular ini menarik perhatian ramai dan memberi amaran kepada ibu bapa agar memantau pergerakan anak mereka.
Sementara itu, kata ibu Arthur, dia melahirkan rasa bersyukur anaknya selamat dan bangga dengan kepantasannya menyelamatkan rakannya daripada lemas.
Keberanian Arthur menarik perhatian balai polis Itaperuna yang telah memberi penghargaan di atas pengorbanan menyelamatkan rakannya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!