Julen Rosello ditemui maut
MALAGA - SEPANYOL. Pihak berkuasa Sepanyol mengesahkan pasukan penyelamat berjaya menemui mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang terjatuh ke dalam perigi yang sempit di sini, pada 13 Januari lalu.
Penyelamat yang selesai menggali terowong menemui mayat anak kecil berkenaan, Julen Rosello yang jatuh ketika keluarganya bersiar-siar di kediaman persendirian di Totalan, di sini.
Semalam, pasukan penyelamat menggunakan bahan peledak dalam usaha mengakses ruang sempit di mana budak terbabit dipercayai terperangkap.
Lebih daripada 100 anggota penyelamat dikerah bagi mengesan Julen, tetapi mereka mendapati perigi sedalam 100 meter dan cuma 25 sentimeter luas, dihalang dengan tanah, meningkatkan kebimbangan ia menimbus kanak-kanak itu.
Kerja-kerja pengerudian bagi memudahkan ekskavasi bermula pada hujung lalu, namun penyelamat kini terpaksa menggunakan bahan peledak bagi memecahkan dinding batu setebal empat meter.
Media Sepanyol melaporkan, ibu bapa Julen pernah kehilangan seorang anak berusia tiga tahun pada 2017 akibat komplikasi jantung. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN:12 hari dalam lubang: Penyelamat guna peledak kesan budak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!