'Beli rumah dapat seorang janda'

Ayu bersama dua anaknya. - Foto Detik News
Ayu bersama dua anaknya. - Foto Detik News
A
A
A

BANDUNG - Demi melariskan jualan rumahnya, seorang wanita di Bandung di sini, turut mengiklankan dia bersedia mengahwini lelaki yang membeli kediamannya itu.

Ayu Novi Astianah, 31, bercadang menjual rumah dengan nilai 250 juta Rupiah (RM70,778), lapor Detik News.

Ibu tunggal dua anak ini baru berpisah dengan suaminya pada Mei lalu dan kini mengalami masalah kewangan.

"Sukar untuk menjual rumah ini, jadi saya fikir jika ada pembeli dan ada jodoh, saya sedia bernikah dengannya.

"Saya mahu menjual rumah ini untuk modal perniagaan dan menyara keluarga," katanya.

Menurutnya, dia menolak untuk melakukan pinjaman daripada perbankan kerana bimbang akan membebankannya.

Rumah Ayu dijual pada harga 250 juta Rupiah. - Foto Detik News
Rumah Ayu dijual pada harga 250 juta Rupiah. - Foto Detik News

Jelasnya, pada mulanya, dia berasa malu kerana menawarkan iklan seperti, 'beli rumah dapat seorang janda'.

Artikel Berkaitan:

"Pada mulanya saya malu tetapi apa yang boleh saya lakukan saya perlu menjual rumah ini dengan cepat.

"Lagipun saya bukan lakukan jenayah," katanya.

Selepas beberapa jam iklan itu dimuat naik di laman sosial, ia menjadi tular termasuk di beberapa kumpulan di WhatsApp.

"Saya terima banyak tawaran namun saya berharap lelaki itu mesti berpengetahuan agama dan akhlaknya baik dengan harapan dia dapat membimbing saya serta anak-anak.

"Jika rumah itu terjual, saya akan berpindah ke rumah keluarga bersama anak, Saqila Ayu Ramadhani (12 tahun) dan Alzena Shanum Fasya (3 tahun)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!