Lelaki dera anak teman wanita sampai mati diberkas

Nik Ezanee (kanan) menunjukkan gambar teman lelaki kepada ibu kanak-kanak malang itu yang dicari bagi membantu siasatan.
Nik Ezanee (kanan) menunjukkan gambar teman lelaki kepada ibu kanak-kanak malang itu yang dicari bagi membantu siasatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki yang dipercayai mendera anak teman wanitanya hingga mati ditahan polis di Jalan PJS9/1, Subang Jaya, dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan kira-kira jam 12.40 tengah hari selepas pemantauan hampir 30 minit ke atas sebuah kereta jenis Perodua Bezza berwarna biru di lokasi terbabit.

"Suspek akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis Petaling Jaya mengucapkan terima kasih kepada masyarakat yang membantu menyalurkan maklumat mengenai suspek bagi menyelesaikan kes ini kurang daripada 24 jam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di Flat Vista Damansara, Kampung Sungai Kayu Ara di sini semalam.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa ibu mangsa meninggalkan anaknya bersama teman lelakinya itu sementara keluar untuk membeli makanan.

Setelah pulang, wanita terbabit mendapati anaknya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala teman lelakinya telah melarikan diri.

Kanak-kanak berkenaan telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

ARTIKEL BERKAITAN Budak dua tahun maut dipercayai didera teman lelaki ibu

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!