Kemudahan dobi galak orang ke masjid

Gambar dikongsikan Zulkifli di Twitternya semalam.
Gambar dikongsikan Zulkifli di Twitternya semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kemudahan dobi layan diri yang terdapat di Masjid Wilayah Persekutuan di sini dilihat selari dengan teras ekonomi dan 'quick win' dalam Pelan Pengimarahan Masjid.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Ajib Ismail berkata, perkhidmatan itu juga dapat memperkasakan peranan masjid yang bukan hanya berfungsi sebagai pusat ibadah, malah mampu menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi.

"Dobi ‘An Nazhif dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri di sini baru-baru ini.

"Idea dobi ini dicadangkan Senator Datuk Seri sebelum Jawi bersama Masjid Wilayah Persekutuan dengan kerjasama CLE Coin Sdn Bhd mengambil langkah menjayakan program tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pengenalan kemudahan tersebut dibuat bersama pelancaran aplikasi 'Nak Dobi' yang juga perkhidmatan dobi dalam talian yang pertama di Malaysia.

"Pengguna yang memerlukan perkhidmatan dobi boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mendapatkan servis dobi terus ke rumah.

Pelancaran aplikasi Nak Dobi oleh Zulkifli semalam.
Pelancaran aplikasi Nak Dobi oleh Zulkifli semalam.

"Ia membuka peluang semua pengusaha dalam industri ini memajukan perniagaan dan bersesuaian dengan situasi koronavirus (Covid-19) sekarang yang menggalakkan keusahawanan digital sebagai platform perniagaan norma baharu," katanya.

Terdahulu, kemudahan Dobi ‘An Nazhif dan aplikasi Nak Dobi dikongsikan Zulkifli di laman sosial Twitternya yang memuji inisiatif itu.

Artikel Berkaitan:

"Perkhidmatan Nak Dobi yang dilaksanakan di Masjid Wilayah Persekutuan membolehkan orang ramai hadir ke masjid untuk menggunakan perkhidmatan dobi.

"Selain itu, aplikasi Nak Dobi yang turut dilancarkan dapat memudahkan pengguna mendapatkan khidmat dobi tanpa perlu beratur panjang.

"Ini adalah salah satu strategi 'quick win' bagi Pelan Pengimarahan Masjid," katanya di Twitternya, semalam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!