Pecah tingkap, redah banjir selamatkan koleksi Gundam suami

Seorang wanita menyelamatkan koleksi figura Gundam milik suami. - Foto Unilad
Seorang wanita menyelamatkan koleksi figura Gundam milik suami. - Foto Unilad
A
A
A

YUDONG - Seorang isteri sanggup menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan koleksi figura Gundam milik suaminya selepas rumah mereka dilanda banjir di Yudong, China.

Video tular di laman Weibo menunjukkan wanita itu sanggup memecahkan tingkap rumah untuk menyelamatkan koleksi figura Gundam yang disifatkan barang berharga mempunyai nilai estetika dan sentimental.

Wanita itu bersama suaminya menaiki bot plastik dan berjaya membawa keluar koleksi berkenaan.

No Image Caption

Menerusi laporan Unilad, seorang saksi memberitahu, pihak berkaitan mengumumkan air tidak naik ke paras dua tingkat bangunan, namun tiba-tiba air naik mendadak tanpa sempat menyelamatkan barang berharga.

Suami wanita itu tidak mahir berenang mendorong isterinya menyeberangi Sungai Yangtze sebelum membawa keluar figura Gundam ke tempat lebih selamat bagi mengelak ia rosak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!