Cermin mata Gandhi dilelong RM1.4 juta

Harga jualan tersebut mengatasi anggaran awal sekitar RM82,071. - Foto AFP
Harga jualan tersebut mengatasi anggaran awal sekitar RM82,071. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Sepasang cermin mata bersadur emas yang pernah dipakai hero kemerdekaan India, Mahatma Gandhi dijual dengan harga 260,000 pound (RM1.4 juta) dalam satu sesi lelongan.

"Kami temuinya di dalam peti surat kami empat minggu lalu ditinggalkan seorang lelaki. Hasil luar biasa untuk item luar biasa. Terima kasih kepada semua pembida," kata East Bristol Auctions di United Kingdom (UK) menerusi Intagram mereka selepas sesi lelongan lewat semalam.

Gandhi dikenali kerana seorang yang pemurah untuk memberikan cermin mata lama kepada mereka yang memerlukan atau yang membantunya.

Penunjuk perasaan yang tidak menggunakan kekerasan itu didakwa menyerahkan cermin mata tersebut kepada seorang penjual ketika dia bekerja untuk British Petroleum di Afrika Selatan pada 1920-an- 30-an.

Harga jualan itu mengatasi anggaran awal sekitar 15,000 Pound (RM82,071).

Awal bulan lalu, pelelong, Andrew Stowe memberitahu individu tersebut berkata, 'jika ia sudah tidak elok, buang sahaja' tanpa menyedari nilai tinggi item ikonik tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!