'Pakai pakaian tradisional bangsa lain tanda hormat'

Kenyataan yang dimuat naik Nourul di Instagramnya.
Kenyataan yang dimuat naik Nourul di Instagramnya.
A
A
A

PENYANYI Nourul Wahab menyifatkan pemakaian tradisional berbilang bangsa sebagai tanda hormat terhadap bangsa tersebut kerana rakyat di negara ini hidup dalam sebuah masyarakat majmuk.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, penyanyi lagu Kerana Terluka ini memberitahu, memakai pakaian tradisional kaum lain bukanlah mempermainkan budaya sesuatu kaum sebaliknya ia satu kebanggaan.

Beliau berkata demikian susulan sebelum ini, seorang wanita berbangsa India menegur pelakon dan pengacara terkenal, Mira Filzah, apabila dia memakai pakaian lengkap sari lehenga.

Wanita itu mendakwa pakaian tradisional tidak seharusnya dipakai bagi tujuan meraih keuntungan.

Nourul juga terpanggil untuk memberi pandangan mengenai dakwaan tersebut.

"Soal sari, soal budaya kita kan rakyat Malaysia. Ada tiga bangsa, budaya. Tak salah nak pakai baju bangsa Cina ke India.

"Tak lupa yang di Sabah dan Sarawak. Ada banyak lagi budaya. (Thanks for reminding puan yang komen di bawah) (menaip masa pi groceries).

"Teringin juga nak pakai baju kadazan, dusun, bidayuh. Muhibah, lagi-lagi bulan Merdeka ini kita kena sedar siapa dan apa itu Malaysia," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sikap saling hormat menghormati adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan.

"Sebab sesama bangsa hormat antara satu sama lain, sebab itu pakai (sari). Dekat rumah kami ada semua baju budaya Malaysia.

"Kami suka sari, dari kecil dah biasa pakai. Kami ada darah keturunan India. Jadi tak salah kalau kita memakmurkan lagi asal usul kita," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!