Jabatan Kimia Kelantan bakal jadi Pusat Analisis Ketum Zon Timur

Ahmad (kiri) melihat pameran yang diadakan di bangunan tersebut di sini hari ini
Ahmad (kiri) melihat pameran yang diadakan di bangunan tersebut di sini hari ini
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kimia Malaysia di Kampung Telok di Panji di sini dijangka dijadikan Pusat Analisis Ketum Zon Timur menjelang tahun 2022.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, perkara tersebut telah dicadangkan pihak Jabatan Kimia Kelantan memandangkan berlakunya lambakan kes ketum di negeri ini.

"Perkara ini dicadangkan sendiri oleh Jabatan Kimia Kelantan memandangkan perkembangan semasa yang berlaku di sini. Dengan adanya hasil kajian daripada pihak Jabatan Kimia ini, ia akan banyak membantu pelbagai pihak.

"Kita di bawah Jabatan Kimia sendiri ada beberapa pusat antaranya ialah Pusat Analisis DNA, Pusat Analisis Air dan kini dicadangkan pula pusat untuk analisa ketum," katanya kepada pemberita sempena perasmian bangunan Jabatan Kimia Kelantan yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman.

Bangunan tersebut telah pun digunakan sejak 10 tahun lalu dengan melibatkan kos pembinaan sebanyak RM31.7 juta.

Mengulas lanjut, semasa menyampaikan ucapan perasmian, Ahmad memberitahu, bagi tahun 2018 dan 2019, Jabatan Kimia Kelantan telah menerima masing-masing 2,477 dan 2,492 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 24 tan, tidak termasuk lima tan untuk tahun ini.

Katanya, dengan mengambil kira peningkatan kes tersebut, pihaknya mencadangkan penubuhan pusat tersebut melibatkan kawasan zon timur iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu.

"Ia akan mempercepatkan urusan pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Kementerian Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan agensi-agensi lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!