'Terima kasih wahai Ljungberg'

Freddie Ljungberg
Freddie Ljungberg
A
A
A

PEMAIN Arsenal akur dan menghormati keputusan legenda kelab itu Freddie Ljungberg yang juga penolong Mikel Arteta memilih meninggalkan kelab itu bagi mencari pengalaman baharu di bidang pengurusan.

Ljungberg kembali ke Emiratse pada 2018, untuk bekerja dengan skuad Bawah 23 tahun Arsenal dan kemudian bertindak sebagai pengendali sementara berikutan pemecatan Unai Emery.

Bekas pemain The Gunners berusia 43 tahun itu adalah pembantu Arteta pada separuh kedua musim 2019/20 tetapi telah meninggalkan Arsenal menjelang saingan musim baharu.

Impak kehadiran bekas pemain tengah Sweden itu turut diakui pemain berusia 18 tahun Bukayo Saka apabila menyatakan dia gembira dapat bekerja dengan Ljungberg ketika berada di Emirates.

“Ljungberg memberikan kami nasihat dan sokongan yang sangat berharga. Dia jurulatih yang hebat dan seseorang yang boleh kita harapkan. Saya sangat bersyukur kerana saya dapat bekerja bersama dan belajar secara langsung dari orang seperti dia pada awal karier saya ini.”

Sementara itu, Arteta menambah: “Ljungberg telah menjadi ahli pasukan saya yang sangat penting sejak kedatangan saya. Dia melakukan tugas dengan baik mengemudi kelab ini ketika Emery pergi dan kita semua menghormati 100 peratus keputusannya untuk mengembangkan kerjaya sebagai pengurus.”

Sementara itu, Pengarah Teknikal Arsenal, Edu, mengatakan bahawa dia sedih dengan keputusan Ljungberg tetapi memahami alasannya.

“Kami sangat sedih melihat Ljungberg pergi kerana kami tahu betapa dia mencintai Arsenal.

Artikel Berkaitan:

“Namun, kami tahu dia mempunyai pelbagai peluang selama 12 bulan terakhir dan bertahan di Arsenal. Sekarang dia mempunyai peluang untuk mempertimbangkan pilihan lain untuk kariernya.

“Ljungberg memberikan sumbangan besar dalam peranannya sebagai jurulatih, yang paling penting ketika dia memimpin kelab dalam tempoh sukar antara pemergian Emery.

“Kami akan selama-lamanya bersyukur dengan apa dilakukannya dan apa yang telah dia lakukan sejak itu tetapi menyedari sepenuhnya keinginannya untuk terus maju dan menjadi ketua jurulatih sendiri.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!