Pemain gitar, Eddy meninggal dunia akibat renjatan elektrik

No Image Caption
A
A
A

GOMBAK - Polis mengesahkan pemain gitar profesional, Eddy Wan Othman, 30, meninggal dunia di rumahnya di Batu 11 Jalan Lama malam kelmarin dipercayai terkena renjatan elektrik.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11 malam memaklumkan mangsa dan kakaknya yang berusia 32 tahun terbaring dalam bilik air di rumah berkenaan.

"Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun turu ditemui dalam keadaan lemah dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati wanita berkenaan sedang memandikan anaknya dan tiba-tiba terkena renjatan elektrik yang dipercayai dari 'water heater'.

"Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah itu telah terdengar jeritan meminta tolong daripada kakaknya dan terus bergegas ke bilik air untuk membantu, namun dia juga turut terkena renjatan elektrik," katanya.

Arifai memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Berita sedih berkenaan kemudian dimaklumkan oleh abang mangsa, Wan Razmie Wan Othman menerusi Facebook.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kedua Adinda saya, Wan Zunira dan Eddy Wan Othman sudah berpindah alam menghadap Ilahi malam tadi (kelmarin)," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!