Nelayan hilang selepas bot langgar kayu

Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki yang dikhuariti hilang di Sungai Deraka hari ini. - Foto JBPM Perak.
Anggota bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat lelaki yang dikhuariti hilang di Sungai Deraka hari ini. - Foto JBPM Perak.
A
A
A

TAIPING - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki bersama rakannya hilang kawalan akibat melanggar objek dipercayai kayu di Sungai Deraka, Kuala Sepetang di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Pian berusia 30-an bersama rakannya berusia 23 tahun pergi ke sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi untuk mengangkat bubu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, berdasarkan maklumat awal yang diterima, bot mereka dipercayai melanggar objek menyebabkan hilang kawalan.

“Mereka berdua terjatuh dari bot, namun rakannya selamat manakala mangsa tidak ditemui. Rakannya bertindak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan mangsa.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping kemudian memaklumkan kepada anggota Polis Marin Kuala Kurau, Balai Bomba dan Penyelamat Taiping dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan dan setakat ini, mangsa masih belum ditemui.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!