Sultan Ibrahim ambil berat pembangunan luar bandar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar amat menitikberatkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan luar bandar di negeri ini demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Menerusi hantaran di Facebook, Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa berpandangan jauh demi membangunkan negeri Johor ke arah lebih cemerlang pada masa akan datang.
Terdahulu, pada hari ini baginda menerima menghadap Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.
Baginda turut berkenan menyentuh mengenai pelan strategik bagi membangunkan kawasan Mersing sebagai antara lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Datuk Che Zakaria Mohd Salleh.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!