Azmin punca kerajaan PH gagal, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) menyelar dakwaan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal selepas menjadi kerajaan Persekutuan selama 22 bulan.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu tidak lebih hanya mengakui kelemahan sendiri malah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu sebenarnya punca kegagalan kerajaan PH.

“Azmin datang ke Slim dia maki kerajaan PH kerana gagal, dialah sebabnya, dia jadi menteri 22 bulan. Kita datang maki bapa kita, malu ke tidak, dia 22 bulan jadi menteri dia datang maki kerajaan dulu,” katanya.

Mohamad berkata demikian ketika Ceramah Perdana PH membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi malam tadi.

Terdahulu, Azmin yang baru menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kempennya dilaporkan meminta pengundi Slim menyokong Perikatan Nasional (PN) dengan menganggap kerajaan PH sebagai gagal.

Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, itu mendakwa ramai rakyat negara ini akan mati dijangkiti koronavirus (Covid-19) sekiranya PH masih memerintah kerana Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu enggan mengeluarkan peruntukan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!