RM50.46 juta duti import alkohol tidak dikutip

Jabatan Audit Negara mendapati sebanyak RM50.46 juta duti import alkohol tidak dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Jabatan Audit Negara mendapati sebanyak RM50.46 juta duti import alkohol tidak dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Audit Negara mendapati sebanyak RM50.46 juta duti import alkohol tidak dikutip Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pelepasan duti import itu tidak mengikut kelulusan pengecualian 'purity level' (aras alkohol) 99.5 peratus yang ditetapkan.

"Jadi pihak audit mengesyorkan JKDM membuat kutipan balik duti import berjumlah RM50.46 juta yang tidak dipungut dengan segera.

"Bahagian Pengurusan Pematuhan JKDM perlu melaksanakan pengauditan penuh secara berkala terhadap syarikat yang memperoleh kelulusan pengecualian duti import bagi memastikan tiada kehilangan hasil," katanya pada Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1 di Jabatan Audit Negara di sini hari ini.

Menurutnya, perkara itu didedahkan dalam Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan.

Katanya, taksiran duti import itu dibuat bagi menentukan sama ada kutipan duti ke atas alkohol yang diimport dari luar negara telah dilaksanakan dengan betul dan mengikut undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!