MDKS digesa pertimbang warta tapak penjaja kecil

Noh (kanan) ketika perjumpaan bersama penjaja di Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini.
Noh (kanan) ketika perjumpaan bersama penjaja di Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang hari ini.
A
A
A

TANJONG KARANG - Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar akan menghantar surat kepada Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) bagi memohon permit sementara kepada penjaja di Jalan Besar, Pekan Tanjong Karang di sini.

Bagaimanapun Noh berkata, hanya kira-kira 20 tapak ruang niaga sahaja dipohon iaitu bertentangan dengan premis perniagaan dan institusi perbankan di kawasan terbabit.

Menurutnya, ramai penjaja di kawasan itu sudah mencari rezeki di tapak sedia ada sejak lebih 10 tahun lalu.

"Saya akan memohon diberikan permit sementara kerana lokasi tersebut belum diwartakan sebagai tempat perniagaan," katanya kepada Sinar Harian selepas mengadakan perjumpaan bersama penjaja di kawasan itu di Bangunan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini hari ini.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor berkata, pihaknya juga memohon MDKS mewartakan kawasan itu sebagai lokasi perniagaan.

bagi membuka peluang perniagaan kepada penjaja kecil kerana lokasinya yang strategik.

"Bagaimanapun, kita mencadangkan tapak itu ditempatkan bertentangan dengan premis supaya tidak mengganggu mereka yang keluar masuk ke bank dan kawasan ruang parkir," katanya.

Selain itu, Noh turut berharap MDKS dapat menaik taraf 60 tapak berniaga di Pasar Tanjong Karang sedia ada.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap suasana pasar lebih ceria dan memberi keselesaan kepada pengunjung dan mendapat perhatian segera daripada MDKS," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!