Exco ziarah bekas jurugambar Karangkraf derita kanser

Latipah menyampaikan sumbangan kepada Yusfa Ashya (kiri) di jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, baru-baru ini.
Latipah menyampaikan sumbangan kepada Yusfa Ashya (kiri) di jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, baru-baru ini.
A
A
A

ALOR GAJAH - Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan, Datuk Latipah Omar menziarahi seorang bekas jurugambar Kumpulan Media Karangkraf, Yusfa Ashya yang terlantar sakit di rumahnya di jalan Hujan Panas, Masjid Tanah, baru-baru ini.

Yusfa Ashya atau nama sebenarnya Abd Wahab Abdullah menghidap kanser usus tahap empat kini terpaksa bergantung sepenuhnya pada anak-anak untuk menguruskan diri.

Kehadiran Latipah yang meluangkan masa kira-kira setengah jam memberikan semangat dan kekuatan kepada Yusfa untuk menghadapi ujian berat itu.

Hadir sama pada program ziarah itu, Presiden Kelab Alumni Karangkraf Rodly Fadly dan ahli ahli. beberapa lagi ahli.

Dalam pada itu, Latipah menyerahkan sumbangan serta berjanji akan berusaha membantu meringankan beban jurugambar berkenaan.

Selain Karangkraf, Yusfa yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang fotografi pernah bertugas dengan pelbagai syarikat penerbitan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!