Tunisia umum senarai Kabinet baharu
TUNIS - Perdana Menteri Tunisia, Hichem Mechichi membentuk kerajaan baharu pada hari ini dengan dibarisi 25 menteri dan tiga pegawai negeri, lapor Agensi Anadolu.
Bercakap pada sidang akhbar, Mechichi menyerahkan senarai nama yang akan diluluskan Kabinet itu kepada Presiden Kais Saied di Istana Carthage.
Pada 26 Julai, Saied menugaskan Mechichi yang ketika itu menjadi Menteri Dalam Negeri untuk membentuk pemerintahan baharu.
Mechichi yang tidak bergabung dengan mana-mana parti politik, tidak dicalonkan untuk jawatan Perdana Menteri.
Tetapi Saied melantiknya sebagai Perdana Menteri pada bulan lalu berikutan peletakan jawatan Elyes Fakhfakh atas tuduhan konflik kepentingan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!