InsyaALLAH dua tahun lagi baru bertunang: Fara Hezel

Penyanyi, Fara Hezel
Penyanyi, Fara Hezel
A
A
A

PENYANYI, Fara Hezel, 23, mengakui belum mengikat tali pertunangan seperti mana didakwa sumber terdekat.

Mengesahkan dakwan tersebut, Sinar Harian mendapatkan empunya badan untuk mengulas lebih lanjut.

"Ya ALLAH... bukan, masih dalam perancangan lagi sebenarnya. Insya-ALLAH dua tahun lagi ya sebab saya pun tak nak kahwin bila usia sudah lanjut.

"Umur 25 tahun nanti itu dah limit untuk saya, jadi perancangan kena adalah," akuinya.

No Image Caption

Fara ditemui di ERA Digital Muzik Awards (EDMA 2018), semalam.

Bercakap mengenai kegagalan mara ke Top 5 EDMA 2018, Fara anggap tiada rezeki dan cuba lebih baik untuk EDMA 2019.

Terdahulu Fara dan adiknya, Aiman Tino tercalon TOP 10 menerusi kategori Penyanyi Kolaborasi Terbaik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!