PRN Sabah: Pemuda BN sudah serah nama calon

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

TANJUNG MALIM - Pemuda Barisan Nasional (BN) sudah menyerahkan senarai nama calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, cadangan nama sudah diberikan kepada Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata, calon-calon yang dipilih telah disaring dan tidak akan memberi masalah kepada BN.

"Kami telah memberi nama-nama kepada Pengerusi Perhubungan BN untuk dipertimbangkan jadi kita tunggu keputusan yang akan dibuat... insya-ALLAH, seminggu sebelum penamaan calon.

"Sudah tentu Pergerakan Pemuda UMNO dan Pemuda BN mengharapkan 85 peratus muka-muka baharu ini," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Bilik Gerakan BN Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama, di sini hari ini.

Menurut Asyraf Wajdi, calon Pemuda akan memberikan suatu harapan baharu kepada rakyat Sabah kerana UMNO dan BN sudah bertapak di sana lebih 25 tahun.

Katanya, rakyat Sabah lebih mengetahui sumbangan dan jasa BN dalam tempoh tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!