Hujan iringi pengundian waktu petang

Petugas SPR menyediakan payung dan mengiringi pengundi ke saluran masing-masing.
Petugas SPR menyediakan payung dan mengiringi pengundi ke saluran masing-masing.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Hujan di belah petang tidak menghalang pengundi di Tanah Rata untuk menunaikan kewajipan mengundi.

Meskipun hujan turun kira-kira dua jam sebelum waktu mengundi tamat, masih ada pengundi yang tiba di pusat mengundi SMK Sultan Ahmad Shah di sini.

Malah, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan payung dan mengiringi pengundi ke saluran masing-masing.

SMK Sultan Ahmad Shah adalah antara empat pusat mengundi yang tutup pada jam 5.30 petang.

Setakat jam tiga petang, peratusan keluar mengundi mencecah 66 peratus.

SPR sebelum ini mensasarkan 70 peratus pengundi keluar mengundi dalam PRK Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!