Siapa ambil peduli?

Nik Azman (tengah) menunjukkan buku Laporan Audit Negara Tahun 2019 pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Nik Azman (tengah) menunjukkan buku Laporan Audit Negara Tahun 2019 pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
A
A
A

SETIAP tahun ada sahaja kepincangan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Tiap tahun kita dengar macam-macam kisah kelemahan yang membabitkan urus tadbir kewangan oleh kementerian dan jabatan kerajaan.

Laporan tahun 2019 tak ada bezanya.

Macam-macam cerita ngeri yang kita dengar. Rakyat macam dah tak terkejut lagi dengan apa yang berlaku.

Kali ini LKAN kemukakan 73 syor untuk pembetulan dan penambahbaikan sistem.

Bagi tahun 2019, banyak kelemahan besar dan kecil yang didedahkan oleh laporan itu.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid maklumkan bahawa pengauditan guna kaedah 3P1K, yakni mengenal pasti hal pembaziran, pemborosan, penyelewengan dan ketirisan wang awam.

Kes yang besar tentunya melibatkan Kementerian Pertahanan (Mindef) yang tak kenakan denda terhadap syarikat yang lewat serah kapal peronda.

Artikel Berkaitan:

Mengapa terjadi begitu, mungkin Mindef sahaja yang boleh jawab. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pula belum jelaskan tunggakan bayaran balik cukai sejumlah RM3.8 bilion.

Bukan sedikit jumlah itu. Ada pula duit setengah juta yang lesap daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pada pendapat Awang selagi tak ada tindakan tegas diambil pada mereka yang bertanggungjawab, selagi itulah hal ini akan berulang tahun demi tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!