Safawi dilamar kelab Portugal
TONGGAK Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid dilaporkan mendapat tawaran untuk beraksi bersama kelab Liga Premier Portugal, Portimonense SC.
Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Martin Prest dipetik dari laman Johor Southern Tigers mengesahkan perkara itu berkata: "Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.
"Kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan." katanya.
Sementara itu menurut laporan akhbar Portugal, O Jogo, pemain dari Dungun, Terengganu berkenaan dijangka beraksi semusim bersama kelab tersebut dengan pilihan melanjutkan kontraknya setahun lagi.
Kelab itu dilaporkan mengikuti perkembangan pemain berusia 23 tahun berkenaan selama enam bulan menyifatkan pemain Harimau Malaya tersebut antara pemain paling berbakat dan mempunyai masa depan cerah dalam arena bola sepak.
Perjanjian yang dimeterai juga adalah hasil hubungan baik pemilik kelab, Theodoro Fonseca dengan pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!