Beriadah secara santai di bandar


Aktiviti banana flip yang terdapat di Escape Challenge Park Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Aktiviti banana flip yang terdapat di Escape Challenge Park Paradigm Mall, Petaling Jaya.
A
A
A

PUSAT rekreasi tertutup, Escape Challenge Park yang beroperasi di pusat membeli-belah Paradigm Mall, Petaling Jaya mampu menjadi salah satu lokasi riadah menarik untuk dikunjungi khususnya buat mereka yang menetap di kawasan bandar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Escape Challenge, Sim Choo Kheng berkata, pembukaan taman tema riadah di pusat membeli-belah itu dapat meluaskan lagi konsep pusat hiburan keluarga di kawasan bandar bagi memberikan suasana berbeza dalam beriadah.

Beliau berkata, pembukaan pusat rekreasi tertutup itu merupakan salah satu usaha sinergi pihaknya bersama rakan niaga pusat membeli-belah serta pemaju dalam memberikan pengalaman aktiviti luar di pusat membeli-belah kepada orang ramai.

“Pelbagai aktiviti dan cabaran disediakan buat pengunjung di samping dapat bergembira bersama keluarga atau rakan-rakan,” katanya pada Majlis Pembukaan Escape Challenge Paradigm Mall di sini semalam.

Majlis pembukaan taman tema riadah tersebut telah disempurnakan oleh Setiausaha Bahagian Dasar Pelancongan dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Mohd Daud Mohd Arif.

Antara daya tarikan yang terdapat di Escape Challenge Paradigm Mall adalah aktiviti seperti monkey business, gecko tower, aerobat, banana flip dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls Berhad, Selena Chua berkata, pihaknya berbesar hati apabila dapat memperkenalkan taman rekreasi tertutup di pusat membeli-belah itu kepada orang ramai.

Artikel Berkaitan:

Choo Keng (kanan) bersama Selena (kiri) menyaksikan Mohd Daud membuat gimik pembukaan Escape Challenge Park Paradigm Mall, Petaling Jaya hari ini.
Choo Keng (kanan) bersama Selena (kiri) menyaksikan Mohd Daud membuat gimik pembukaan Escape Challenge Park Paradigm Mall, Petaling Jaya hari ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!