Fahami sejarah semarak semangat patriotik

Safry Kamal (tengah) antara yang hadir pada program webinar Sejarah Perak Muallim di UPSI.
Safry Kamal (tengah) antara yang hadir pada program webinar Sejarah Perak Muallim di UPSI.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif menyemarakkan semangat patriotik dengan mendedahkan sejarah memperjuangkan agama dan bangsa.

Ketua Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Dr Rabaah Abdullah berkata, banyak peristiwa penting yang berlaku terutama daerah Muallim menjadi sebahagian sejarah penting buat negara dan bermakna di hati setiap rakyat.

“Sejarah sinonim dengan kemerdekaan dan usaha yang diketengahkan ini bertujuan menanam semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat negara ini.

“Ia selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan iaitu ‘Malaysia Prihatin’ yang merujuk keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

UPSI telah menganjurkan webinar Sejarah Perak Muallim bersama Orang Besar Jajahan Muallim, Toh Paduka Setia Datuk Dr Safry Kamal Ahmad; Mantan Dekan FSK pertama, Profesor Dr Adnan Nawang dan Ketua Jabatan Seni dan Reka Bentuk UPSI, Dr Harleny Abd Arif.

Aktiviti lain yang dianjurkan adalah pertandingan fotografi bangunan bersejarah, poster digital dan iklan kemerdekaan yang bertemakan perpaduan dan keprihatinan rakyat Malaysia.

Rabaah berkata, lima siri webinar telah dirancang dalam memperkatakan isu-isu yang bermanfaat berkenaan sejarah kemerdekaan dan kemajuan masa hadapan.

“Slot yang disediakan bertujuan membawa kesedaran dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang kemerdekaan dan pengisian kerana kemerdekaan penting demi kestabilan dan keharmonian negara.

Artikel Berkaitan:

“Sikap prihatin yang akan diterjemahkan dalam diri setiap warganegara pasti akan melonjakkan nama Malaysia sebagai negara yang mampu mengekalkan perpaduan dan meningkatkan kemajuan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Safry Kamal antara yang hadir pada program webinar Sejarah Perak Muallim di anjurkan FSK di UPSI.
Safry Kamal antara yang hadir pada program webinar Sejarah Perak Muallim di anjurkan FSK di UPSI.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!