Masjid Sultan Muhammad III sertai Malaysia #QuranHour 30 Ogos ini

Norhani (hadapan, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad III menzahirkan sokongan penganjuran program Malaysian Quran Hour yang akan berlangsung serentak seluruh negara pada 30 Ogos ini.
Norhani (hadapan, tiga dari kiri) bersama ahli jawatankuasa Masjid Sultan Muhammad III menzahirkan sokongan penganjuran program Malaysian Quran Hour yang akan berlangsung serentak seluruh negara pada 30 Ogos ini.
A
A
A

PASIR MAS - Masjid Sultan Muhammad III di sini akan menjadi salah satu daripada 26 lokasi penganjuran program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung serentak seluruh negara pada 30 Ogos ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan, Datin Norhani Mohd Affandi berkata, langkah tersebut merupakan salah satu bentuk usaha memperluaskan sambutan berkenaan yang sebelum ini tertumpu di Kota Bharu sahaja.

"Hasrat kami ialah mahu menjadikan masjid ini sebagai antara lokasi utama kepada Malaysia #QuranHour selepas ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Masjid Sultan Muhammad III di sini hari ini.

Hadir sama ialah Imam Tua Masjid Sultan Muhammad III, Mohamad Sabri Abdul Ghani.

Menurutnya, ia merupakan salah satu usaha menyuburkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Katanya, meskipun negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun orang ramai boleh menyemarakkan lagi program ini menerusi siaran langsung di TV Al-Hijrah.

"Lokasi utama program ini di Kelantan akan berlangsung di Masjid Kubang Kerian bermula jam 11 pagi hingga 1 petang.

"Bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari kita akan adakan mini forum selama satu jam. Mini forum ini akan disiarkan secara langsung ke rumah-rumah ngaji termasuklah masjid terlibat dengan program ini.

Artikel Berkaitan:

"Jam berikutnya, kita akan tonton siaran langsung program ini di saluran TV Al-Hijrah secara beramai-ramai di 26 lokasi rumah ngaji di negeri ini," katanya.