Salahuddin pertahan Nafas terima RM1.4 bilion tender rundingan terus

 Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) ketika sidang media bersama Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kiri) selepas menghadiri Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kanan). Foto: Bernama
Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub (tengah) ketika sidang media bersama Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kiri) selepas menghadiri Persidangan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. Turut hadir Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kanan). Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) menerima tender secara rundingan terus bernilai RM1.4 bilion semasa Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, peruntukan tersebut diluluskan Kabinet dan tidak menyalahi undang-undang.

Menurutnya, sebagai menteri ketika itu, beliau berperanan menyelamatkan Nafas yang mempunyai hampir 920,000 ahli melibatkan petani seluruh negara.

“Jika dibaca secara teliti manifesto PH, kita faham tentang prosedur perolehan kerajaan dan kita pun tidak pernah menafikan perlunya tender rundingan terus yang ada kriteria yang disenarai sendiri oleh Kementerian Kewangan (MOF).

“Sebagai Menteri Pertanian (ketika kerajaan PH), saya juga berperanan menyelamatkan Nafas yang mana RM1.4 bilion juga diberikan secara rundingan terus, jadi ini tidak salah, tidak ada apa-apa siasatan dan diluluskan Kabinet.

“Awalnya ada cuba untuk dikaitkan saya melakukan penyelewengan tetapi Alhamdulillah, sudah hampir enam bulan kami dijatuhkan kerajaan pintu belakang (Perikatan Nasional), terima kasih SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), tiada apa-apa siasatan tender besar ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata, peruntukan tersebut adalah berkepentingan awam dan disalurkan terus ke akaun penerima atau syarikat yang beliau pilih.

Sehubungan itu, beliau tampil pada sidang akhbar hari ini bagi membuktikan bahawa tuduhan khususnya terhadap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung projek rundingan terus semasa PH mentadbir adalah berniat jahat.

Artikel Berkaitan:

“Saya sebagai Ahli Parlimen Kulai dan Timbalan Presiden Amanah cabar Menteri Kewangan senarai secepat mungkin projek seperti disebut dalam Parlimen dan siarkan kepada orang awam,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!