Nik Nazmi dedahkan bagaimana Mahathir boleh bekerjasama dengan Anwar

Nik Nazmi (kanan) bersalam dengan Muhyiddin ketika simbolik pelancaran Buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan sambil diperhatikan Hussamuddin.
Nik Nazmi (kanan) bersalam dengan Muhyiddin ketika simbolik pelancaran Buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan sambil diperhatikan Hussamuddin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini melancarkan bukunya bertajuk 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan.

Buku setebal 118 muka surat itu dikarang beliau sendiri dan diterbitkan Alaf 21.

Menurutnya, buku tersebut menerangkan sejarah pembangkang selepas kejatuhan PR dan putusnya hubungan antara parti pembangkang dengan Pas sebelum PRU14.

"Ramai yang kata kita tidak boleh menang dalam PRU14. Selain itu juga, ia menceritakan mengenai bagaimana kisah kita membina kerjasama dan permuafakatan antara Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

No Image Caption

"Pada saya, ramai tidak tahu bagaimana ia berlaku. Selain itu ia juga menceritakan tentang kompromi yang kita capai sehingga PRU14 yang memperlihatkan kejayaan PH dengan pemimpin setiap parti meletakkan sebahagian kepentingan mereka demi negara," katanya.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di AEON AU Setiawangsa.

Menurut Muhyiddin, beliau memuji kebijaksanaan Nik Nazmi sepanjang berada dalam arena politik.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan di AEON AU, Setiawangsa.
Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan perasmian pelancaran Buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Depan di AEON AU, Setiawangsa.

"Ia perlu dijadikan contoh kepada semua dengan pandangan-pandangan jauh beliau dalam menghadapi pelbagai cabaran sebelum berhadapan PRU 14.

"Ini terbukti dengan penglibatan beliau dalam PH dan kita berjaya membentuk kerajaan pada hari ini," katanya.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusinya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Ketua Pegawai Operasi Grup Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin.

Nik Nazmi (kanan) bersalaman dengan Hussamuddin selepas melancarkan bukunya.
Nik Nazmi (kanan) bersalaman dengan Hussamuddin selepas melancarkan bukunya.

Firdaus ketika ditemui selepas majlis berkata, penerbitan dan pelancaran buku 9 Mei 2018 Catatan Dari Garis Masa merupakan satu kejayaan buat Alaf 21.

"Kita berjaya terbitkan dalam masa sebulan. Buku ini sebenarnya diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan kita terjemahkan ke bahasa Melayu.

"Selain itu, ia memberi nilai tambah khususnya kredibiliti Alaf 21 kerana sebelum ini kami dikenali dengan penerbitan novel. Sebenarnya bukan novel sahaja tetapi kita turut terbitkan buku berunsurkan menjaga peradaban manusia," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!