Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Aru, Indonesia
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter berlaku di Rantau Kepulauan Aru, Indonesia pada 4.12 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, memaklumkan pusat gempa itu terletak 598 kilometer Tenggara dari Sorong, Indonesia.
Kenyataan itu berkata, gempa dengan kedalaman 10km tersebut tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!